Tuesday, March 2, 2010

Tuesday, January 12, 2010

salam kdc

Salam
Selamat Menyambut Maulid al-Rasul.
1. Satu perkara yang sering disebutkan dalam sambutan Maulid al-Rasul sama ada ceramah, forum dan lain-lain adalah Rasulullah SAW sebagai uswatun hasanah. Perkataan uswatun hasanah disebut oleh Allah Taala dalam al-Quran dalam 3 ayat iaitu Surah al-Ahzab ayat 21 dan surah al-Mumtahinah ayat 4 dan ayat 6 dan ketiga-tiganya menyentuh tentang dua peribadi mulia iaitu Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim AS.
2. Pertamanya Allah Taala berfirman dalam surah al-Ahzab: Ayat 21:
“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.”
Imam Ibnu Kathir sepertimana dipetik oleh Professor Dr Muhammad ‘Ali al-Sabuni dalam Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir menjelaskan bahawa Allah Taala menurunkan ayat ini dalam situasi kegoncangan peperangan Ahzab. Peperangan dimana Baginda dilingkungi oleh musuh dari dalam kota Madinah iaitu pengkhianat Yahudi Bani Quraizah dan musuh-musuh dari luar kota Madinah iaitu musyrikin Quraisy Makkah, Nasrani Najran dan kumpulan-kumpulan kecil lain. Mereka semua bersatu demi memerangi Rasulullah SAW dan umat Islam.
3. Perkara ini mengajar bahawa Uswatun Hasanah bukan sekadar memakai pakaian sunnah, menyimpan janggut, cara bergaul dengan ahli keluarga dan masyarakat dan lain-lain, tetapi uswatun hasanah perlu dihayati dalam konteks penurunan ayat ini iaitu kesabaran, saling menyabarkan, kesatuan tentera Islam dan mujahadah Baginda dan mereka.
4. Dalam ketika para sahabat datang mengadu keletihan dan kelaparan kerana menggali parit pertahanan Khandaq yang mampu menahan lompatan kuda perang musuh, dan mampu menyekat musuh yang jatuh ke dalamnya naik dengan mudah; mereka terkejut kerana Baginda SAW membuka baju Baginda menunjukkan bahawa Baginda juga letih dan lapar dan jelas terikat di perut Baginda dua ketul batu kerana menahan kelaparan.
Itulah erti uswatun hasanah yang selayaknya dihayati